7/27/2015

8 Gambar,Tukang Sapu Jalan Cantik Ini ditawar Jadi Model

Rita-Mattos
Rita Mattos
8 Gambar,Tukang Sapu Jalan Cantik Ini ditawar Jadi Model  – SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai di Brazil.
>>> Video 1 Video 2 <<<
Rita Mattos, 23, menjadi sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian netizensepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.
Rita berpendapat bahawa semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras seorang tukang cuci.
Rita-Mattos (1)
“Masyarakat terkejut apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan membersih.
“Tapi kenapa tukang cuci di tepi jalan perlu kelihatan hodoh?
Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,” katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Walau bagaimanapun, dia tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu.
Sumber berita – MYNEWSHUB.CC

Rita-Mattos (2) Rita-Mattos (3) Rita-Mattos (4) Rita-Mattos (5) Rita-Mattos (6) Rita-Mattos (7)

Gadis sunti diraba alat Sulit dalam pasar raya

Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang mencabul remaja perempuan di sebuah pasar raya di Kemayan Square
Gadis sunti diraba alat Sulit dalam pasar raya – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menangis teresak-esak apabila menjadi mangsa cabul lelaki dalam kejadian di kedai buku di pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 petang, mangsa yang juga pelajar sekolah menengah ke kedai buku di pasar raya itu ditemani ibunya.
Menurut sumber itu, sewaktu membaca buku, lelaki yang tidak dikenali menyelak kain dipakai mangsa sebelum memegang punggungnya.
“Tidak cukup itu, suspek turut menyentuh kemaluan remaja terbabit menyebabkan mangsa menangis teresak-esak,” kata sumber itu.
Sumber itu menambah, selepas melakukan perbuatan itu, suspek melarikan diri.
“Menyaksikan anaknya menangis di khalayak ramai, ibu mangsa berusia 40-an bertanya apa terjadi dan dimaklumkan kejadian.
“Berikutan itu, wanita terbabit meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut mendapati perbuatan suspek terhadap mangsa,” kata sumber itu lagi.
Menurut sumber itu, berdasarkan rakaman CCTV, suspek dianggarkan berusia 20-an.
Kata sumber itu, ekoran kejadian berkenaan, mangsa dan ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Suspek kini diburu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.
– myMetro