11/11/2016

Rogol Kambing selepas Cinta ditolak binawe betul !


Seorang lelaki yang hampir mati dibelasah orang ramai selepas dia merogol seekor kambing berkata, dia memperkosa haiwan berkenaan selepas cintanya ditolak beberapa wanita.
( link )
Gabrielle Simiyi ditangkap ketika melakukan seks terhadap seekor kambing oleh jirannya pada lewat malam dan hampir dibelasah oleh penduduk kampung sebelum polis campur tangan dan menyelamatkannya.
Penduduk berkata, ini bukan kali pertama pemandu teksi motosikal itu memperkosa haiwan di kampung mereka.
Mereka mendakwa lelaki berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah dilihat merogol lembu dan ayam.
Simiyi ditahan selepas pemilik kambing, Richard Wanyonyi memeriksa haiwan itu di Nangwe setelah mendengar kambing itu mengembek.
“Saya sangka kambing saya bergaduh sesama sendiri. Saya ke kandang dan menyalakan lampu suluh. Saya terkejut melihat lelaki itu. Dia berlari dengan pantas meninggalkan haiwan berkenaan.
“Saya tidak dapat melihat wajahnya kerana kegelapan malam. Tetapi saya peroleh kasutnya dan mula mencarinya pagi itu,” kata Wanyonyi.
Menurutnya, dia berjaya menjejaki Simiyi selepas menunjukkan kasut itu kepada pemandu lain.
Media Kenya melaporkan, Simiyi mengaku mengadakan seks dengan kambing Wanyonyi dan memohon maaf.
“Saya mempunyai masalah serius dan perlukan bantuan. Setiap kali saya mendekati gadis, mereka akan menolak. Ia menyakitkan hati saya. Saya mohon orang ramai bawa saya kepada doktor atau pakar untuk mengubati saya,” kata Simiyi.

 - Agensi

11/10/2016

TUKANG SUNAT PALING CANTIK SETAKAT INI


Kecantikan seorang doktor wanita di Filipina bukan sahaja mengagumkan ramai netizen apabila melihat gambarnya tersebar dalam laman sosial tetapi kerjayanya sebagai pakar khatan.
Video >> ( link )
Krestle Lailene Deomampo yang berasal dari Davao, Manila itu mula meraih populariti apabila gambarnya tersebar dalam laman sosial Facebook ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki di sebuah sekolah di negara itu.
Program berkhatan itu merupakan kerja amal yang dilakukannya di Sekolah Tinggi Kebangsaan San Pedro dekat Laguna.
Krestle menggunakan kaedah konvensional untuk mengkhatankan pelajar sebuah sekolah di Filipina. - Agensi
Malah gambar tersebut yang disebarkan oleh rakannya sendiri, Niquie Delgado turut tertera kapsyen yang menjelaskan Krestle telah menyunat lebih 28 budak lelaki.
Majoriti netizen bersetuju Krestle layak digelar sebagai tukang khatan paling cantik di dunia dan lebih mengagumkan lagi, dia menggunakan kaedah konvensional untuk mempraktikan ilmu perubatannya itu.
Krestle menggunakan kaedah dorsumsisi berbanding kaedah yang lebih moden iaitu penggunaan pancaran laser.
Bagaimanapun usia dan status wanita itu tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah berkahwin atau belum.
Sumber

10/05/2016

TIDOR ATAS DUIT,SEKALI KENA TANGKAP MAKAN TAK HABIS

Wang tunai mencecah RM10 juta ditemui di kediaman pegawai kanan yang ditahan SPRM di Sabah, Selasa.
Jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam meningkat kepada RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.

Video >>
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga percaya besar kemungkinan lebih banyak wang disimpan dalam bank di negara jiran.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan itu.
"Selain wang tunai, turut disita sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, petang Rabu.

Mengenai dua lagi individu yang ditahan pada Rabu, Azam berkata, salah seorang bergelar Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu yang berusia 55 tahun.
Turut ditahan adalah akauntan berusia 50 tahun.
Semua empat suspek kes melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.
“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.
Pada Selasa dilaporkan dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi Selasa kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.
Azam berkata,  sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan di Kota Kinabalu petang ini.
Menurutnya, SPRM akan meneruskan siasatan dengan lebih agresif dan menjangkakan lebih ramai lagi ditahan.
Kedua-dua pegawai kanan berjawatan pengarah dan timbalan pengarah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan telah memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik mereka.
Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.
Sumber - mStar Online

9/03/2016

Panas ! Gadis Kolej Tawar Khidmat Urut Di Hotel Bajet


Gadis kolej seawal usia 19 tahun telah menawarkan perkhidmatan seks di hotel-hotel bajet di sini pada harga antara RM165 hingga RM300.

Lagi Berita >>> 

Dua adik-beradik yang dikatakan menjadi 'bapa ayam' mereka turut didakwa mempunyai kaitan dengan seorang anggota polis.

Bagaimanapun, aktiviti pelacuran itu berjaya dihentikan apabila pasukan polis di Melaka melakukan penyamaran untuk mengesan perniagaan haram ini.

Menurut sumber, beberapa detektif telah bertindak sebagai pelanggan dengan cara berbual dengan bapa ayam terbabit melalui aplikasi WeChat.

Hasil perbualan, mereka mendapati bahawa pelajar kolej tempatan, pelajar Thai dan Vietnam telah menawarkan khidmat seks melalui tempahan dalam talian.

Setiap sesi dikenakan bayaran antara RM250 RM300 bagi gadis tempatan, manakala warga asing dikenakan bayaran antara RM165 dan RM200.

Tempat pertemuan adalah di hotel-hotel bajet yang terletak di sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din pada Jumaat berkata beliau telah meletakkan tumpuan khas dalam melakukan tindakan terhadap sindiket pelacuran dan pusat perjudian haram.

Dalam satu sidang akhbar di Balai Polis Banda Hilir di sini, Ramli mendedahkan bahawa polis berjaya menyelamatkan tiga pelajar kolej berusia antara 19 dan 21 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, pada 26 Ogos lalu.

Beliau berkata dua adik-beradik bapa ayam, yang berumur 24 dan 26 tahun juga telah ditangkap dan kini ditahan reman.

"Kami telah merampas semua bukti, termasuk kondom, di sebuah hotel yang digunakan oleh bapa ayam terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, rangkaian pelacuran ini telah aktif di sini selama sebulan," katanya, Jumaat.

Ramli berkata dalam tindakan susulan jam 1 pagi pada Selasa, polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun, juga kerana melacurkan tiga wanita warga asing berusia antara 25 dan 29 tahun.

Sindiket kedua itu juga menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ramli berkata, mangsa telah dihantar ke rumah perlindungan di Johor dan polis kini sedang memburu sindiket lain yang menjalankan kegiatan seperti ini.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie) memuji tindakan polis melumpuhkan rangkaian pelacuran melibatkan pelajar kolej.

Chee Kin dalam satu temu bual di sini berkata, rangkaian itu telah wujud untuk beberapa ketika tetapi sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan aplikasi di telefon.

"Sebelum ini, kami menerima banyak panggilan daripada ibu bapa yang telah mendengar tentang sindiket melibatkan pelajar kolej.

"Tindakan tegas polis akan menghalang ahli-ahli sindiket lain daripada mengeksploitasi pelajar kolej," kata Chee Kin.

Sumber

7/06/2016

Tak mampu bayar sewa Van Jenazah,terpaksa bawa mayat anak dengan Motorsikal

Suami Isteri mengendong mayat anak mereka atas motorsikal
Sepasang suami isteri miskin terpaksa membawa mayat anaknya pulang dengan motosikal kerana tidak mampu membayar kos ambulans.
Wayan Sujana, 45, dan isteri, Wayan Sari, 40, sebelum itu kehilangan anak ketiga mereka yang meninggal dunia di Hospital Sanglah di Denpasar Barat, Denpasar, Bali.
Bayi itu meninggal dunia selepas menjalani beberapa pembedahan lubang dubur.
“Sebaik anak saya meninggal dunia, saya diberikan bil oleh pihak hospital. Kos mengubati anak saya selama 45 hari, sejak dia dilahirkan, mencecah Rp10.934 juta (RM3,300).
“Saya bayar Rp3 juta (RM915). Wang itu hasil pinjaman daripada beberapa jiran. Memang saya tidak mampu menjelaskan bakinya dan tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.
“Saya diberitahu saya perlu membayar lebih Rp1 juta (RM305) lagi sekiranya mahu menggunakan khidmat ambulans untuk membawa pulang anak saya ke rumah kami,” kata Sujana.
Perjalanan itu mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di rumah pasangan itu di Banjar Yeh Kori, Karengasem. 

- Agensi

6/12/2016

Dipukul sampai pekak kerana tidur berdengkur terlalu kuat

KEADAAN kepala mangsa yang cedera akibat dipukul rakan sebiliknya
Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul akibat berdengkur terlalu kuat ketika tidur di asrama.
Berita asal dan Video
Pelajar berkenaan, Ma Guorui, 15, berkata, dia diserang rakan sebiliknya ketika tidur di sebuah asrama sekolah, di sini baru-baru ini.
Katanya, sebelum serangan, rakannya memberi amaran supaya dia tidak berdengkur terlalu kuat hingga mengganggu tidur rakan yang lain.
Bagaimanapun, ketika tidur kepalanya tiba-tiba dihentak dengan objek keras menyebabkan dia berasa sakit hingga ke pagi.
“Pada waktu pagi, saya mula berasa pening dan muntah-muntah menyebabkan pihak sekolah menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.
Bapa mangsa, Ma Yanchun memberitahu, dia segera membawa anaknya ke hospital selepas mendapati keadaannya semakin teruk.
“Selepas membuat imbasan X-ray doktor mengesahkan anak saya mengalami retak tempurung kepala dan hilang pendengaran di telinga kiri.
“Kecederaan parah yang dialami anak saya ini berpunca akibat dipukul dengan objek tumpul,” jelasnya.
Menurutnya, kos rawatan anaknya mencecah 150,000 yuan (RM93,030), dan walaupun pihak sekolah menanggung 100,000 yuan (RM62,020), tetapi dia masih tidak dapat menjelaskan baki bayaran itu.
Katanya, dia sudah membuat laporan polis terhadap rakan sebilik anaknya itu dan meminta keluarganya membayar ganti rugi. 
- Agensi

5/26/2016

Misteri wanita bertudung berniaga nasi daging BABI akhirnya terbongkar.


Video >>> ( siNi )
Misteri gambar seorang wanita bertudung berniaga nasi daging khinzir yang viral di Internet akhirnya terbongkar.
Gambar berkenaan pada mulanya dianggap palsu, tetapi seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto mendakwa dia bertemu dengan wanita bertudung itu.
Katanya, wanita bertudung itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.
Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.
Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.
Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.
Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. 
- Agensi

5/09/2016

Awas ! Gadis dilarang makan pisang secara menggoda

Peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk larangan makan pisang secara 'menggoda'.

Pihak berkuasa di China telah memperkenalkan peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk larangan makan pisang secara 'menggoda'.


Peraturan baru itu bermakna laman web video atas talian perlu berwaspada untuk memastikan tiada seorang pun daripada pengguna mereka merakamkan video makan pisang secara menggoda, menurut media tempatan.

Pada bulan April, Kementerian Kebudayaan mengumumkan pihaknya sedang menyiasat beberapa laman web popular yang menyiarkan bahan "membahayakan moral sosial".

Disebalik larangan itu, laman-laman tersebut semakin popular di China, terutamanya sesi webcam melibatkan wanita muda atau kadang-kadang di bawah umur.

New Express Daily mendakwa, tiga suku pengguna adalah lelaki dan 26% berusia di bawah 18 tahun.

Bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan peraturan pelik itu dan berkata pengharaman itu dilihat sesuatu yang sukar dikuatkuasakan.

Kerajaan China di bawah Presiden Xi Jinping mempunyai salah satu dasar Internet paling ketat di dunia.

Laman media sosial kerap dipadam jika mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan dan laman web  berita asing seperti New York Times turut disekat.

Sumber

5/07/2016

Gadis Cantik ini Hidup Mewah Sekelip Mata dapat duit terpijak sebanyak RM13.8 juta

Christine Jiaxin Lee
SEORANG rakyat Malaysia yang didakwa membelanjakan A$4.6 juta (RM13.8 juta) yang secara tidak sengaja dipindahkan ke akaun miliknya, hidup mewah sehingga dia ditangkap pada awal minggu ini.
Menurut akhbar Sydney Morning Herald, di dalam dokumen mahkamah, Christine Jiaxin Lee, 21, menulis sebuah unit sub-penthouse di pinggir bandar Rhodes, Sydney, sebagai alamat kediamannya.
Difahamkan rumah tersebut menghadap Sdyney Harbour, sebuah kawasan baharu dan menjadi buruan pembeli.
Unit tersebut yang diletakkan untuk pajakan pada Mac disewa pada harga A$780 (RM2,340) seminggu.
Namun, beberapa gambar dalam Facebook Lee jelas menggambarkan kehidupan mewahnya.
Teman lelakinya, Vincent King juga dilaporkan memberikan alamat kedua di mahkamah pada Khamis yang merupakan sebuah unit rumah di Sienna By The Bay complex, juga terletak di Rhodes.
Dia juga terkejut dengan dakwaan terhadap teman wanitanya semasa sesi pendengaran di mahkamah.
"Itu wang yang banyak," katanya apabila dimaklumkan mengenai sejumlah wang secara tidak sengaja dimasukkan ke akaun Lee.
Wang berkenaan dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac milik Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.
Lee ditahan di lapangan terbang Sydney pada Rabu ketika hendak meninggalkan Australia kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah menggunakan wang tersebut.
Gadis tersebut sudah membelanjakan A$3.3 (RM9.9) juta membeli beg tangan serta barangan mewah lain.
Pada Khamis, dia dihadapkan di Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan sengaja mengambil kesempatan kewangan walaupun tahu ia adalah kesalahan jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.
Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.
Mahkamah diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia.
Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.
Ketika membenarkan Lee diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.
“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”
Sumber

4/29/2016

Lelaki Ketagih bau kaki wanita

Seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kira-kira 160 kasut wanita mengaku melakukan jenayah itu kerana ketagih dengan bau kaki perempuan.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditangkap polis di daerah Dawu di wilayah Hubei di sini pada 18 April lalu.
Suspek ditahan apabila sebuah syarikat membuat laporan polis mengenai banyak kasut milik pekerja wanitanya hilang.
Wakil syarikat itu memberitahu media tempatan, setiap hari beberapa pekerja wanita mengadu kasut mereka hilang ketika dijemur di kaki lima.
“Kami memasang kamera keselamatan, tetapi lelaki itu berjaya mengelak daripada dikesan,” katanya.
Sumber

4/18/2016

Seludup 18 burung pipit dalam seluar

GAMBAR menunjukkan burung pipit yang diikat pada kaki suspek 

Taktik seorang lelaki yang cuba menyeludup 18 burung pipit dengan menyembunyikan haiwan itu di dalam seluarnya gagal apabila ditahan pihak berkuasa lapangan terbang di sini.

5 ‘Hot’ Isu Yang Buat Anak Muda Makin Layu. Hei, Dah Masa Untuk Bangkit!

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City ketika mahu menaiki penerbangan ke Taiwan.

Imigresen berkata, lelaki itu ditahan selepas pihak berkuasa melihat suspek berjalan dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan kami menemui lapan ekor burung hidup yang diikat di bahagian keting lelaki itu.

“Kami turut menemui 10 ekor lagi burung yang disembunyikan di dalam bagasi yang dibawanya,” katanya.

Beberapa gambar menunjukkan burung itu diikat pada keting suspek dan hanya kepala serta ekor haiwan itu yang kelihatan.

Pihak berkuasa percaya, lelaki itu mahu menyeludup burung pipit dari spesies yang dilindungi itu ke Taiwan kerana harganya yang mahal.

Kebanyakan spesies burung pipit disenaraikan sebagai haiwan yang diharamkan dieksport keluar dari negara itu. - Agensi

Sumber

3/20/2016

Awas! Suami Pemalas

Marinela Benea

Seorang wanita yang berang dengan suaminya merentap kantung buah zakar lelaki berkenaan sehingga terkoyak.

Laporan Metro UK mengatakan Marinela Benea dari kampung Dragonmiresti berkata Ionel Popa, 39 seorang yang sangat pemalas dan tindakannya sebagai 'mengajar' lelaki berkenaan.

"Dia selalu mabuk dengan arak. Bila dia mabuk, dia berubah," kata Marinela.

Pada hari kejadian, Marinela menyuruh Ionel supaya bangun dan membuat kerja rumah tetapi lelaki tersebut enggan.

Ionel juga mendakwa wanita tersebut tidak layak memberinya arahan.

pasangan tersebut sudah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun.
Ionel yang sudah dibedah kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini menyiasat kejadian tersebut.

SH

3/13/2016

Mahu Jual Bini Di Facebook dengan Harga RM6,000

POLIS di Madya Pradesh, India, mencari seorang lelaki yang meletakkan iklan di Facebook, menawarkan untuk menjual isterinya pada harga 100,000 rupee (RM6,000), akhbar harian berbahasa Tamil melaporkan.
Dileep Mali, 30, dilaporkan berpindah ke negeri itu tiga tahun lalu selepas berkahwin. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Lelaki itu kemudian dibebani hutang, dan banyak meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan, tetapi tidak mampu membayar kembali wang yang dipinjamnya. Diburu setiap hari oleh pemiutang, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar tempat mereka tinggal dan pulang ke kampung bersama keluarganya.

Ketika isterinya pergi melawat ibu bapanya di kampung halamannya bersama anak mereka, lelaki itu mengambil keputusan untuk menjual isterinya di laman media sosial.
Lelaki yang terdesak itu menyiarkan gambar isteri bersama anaknya dan meminta pembeli yang berminat  menghubunginya.
Isterinya, yang tahu mengenai posting itu daripada saudara-maranya yang juga terkejut, membuat laporan polis terhadap suaminya.
Sumber

3/10/2016

Bonet Kereta ditumbuhi Pokok

POKOK yang terpacak di depan kereta Christy.

Bagi kebanyakan anggota polis, mereka memerlukan latihan khas untuk mengesan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Video <<<

Bagaimanapun, seorang wanita memudahkan tugas pihak berkuasa apabila dia ditangkap dengan sebatang pokok setinggi lima meter terpacak pada bonet keretanya.

Polis menahan Maryann Christy, 54, di Roselle, berhampiran Chicago, selepas menerima laporan daripada beberapa penduduk yang bimbang setelah melihat pokok itu pada kereta wanita berkenaan.

Apabila memeriksa keretanya, polis juga mendapati kedua-dua beg udara kenderaan itu terkeluar, mungkin kesan daripada melanggar pokok.

Menurut polis, ketika ditahan, Christy berbau arak dan gagal ujian pernafasan sebelum mereka menahannya.

Christy memberitahu polis, dia tidak ingat dengan tepat tempat dia melanggar pokok berkenaan tidak jauh dari kediamannya.

Wanita itu akan didakwa di mahkamah pada April depan. - Agensi


3/06/2016

17 isteri berpakat lari tinggalkan suami

Antara lelaki yang isterinya melarikan diri

Sekumpulan isteri warga Vietnam yang berkahwin dengan lelaki China hilang secara serentak dipercayai melarikan diri bagi menipu suami yang membeli mereka.


Lebih 10 wanita warga Vietnam yang telah berkahwin dengan lelaki tempatan dari sebuah kampung di wilayah Fujian telah hilang pada hari yang sama, lapor People Daily Online.

Menurut media China, kebanyakan wanita itu meninggalkan kampung Nan'an pada 16 Februari manakala dua wanita yang masih tinggal turut melarikan diri dua hari kemudian menjadikan jumlah keseluruhan yang melarikan diri ialah 17 orang.

Sesetengah wanita berkahwin selama enam bulan manakala ada juga di antaranya hanya berada di kampung selama beberapa hari.

Malah dua daripanya sedang mengandung.

Wanita berkenaan diperkenalkan kepada penduduk kampung melalui  agen pencari jodoh dan pihak lelaki turut dikenakan bayaran sehingga 60,000 yuan (RM37,358).

Malangnya, kesemua perkahwinan tersebut tidak didaftarkan secara rasmi.

Aaron, 28, lelaki pertama di bandar itu yang mengahwini wanita dari Vietnam berkata, enam bulan pertama perkahwinan mereka amat bahagia dan isterinya itu dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di China malah turut bekerja di sebuah kilang di situ.

Bagaimanapun, pada hari dia melarikan diri, wanita itu berkata, dia ingin keluar untuk membeli minuman kerana dahaga, namun dia tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

"Sejak generasi nenek moyang mereka lagi, lelaki di kampung tersebut lebih sedikit berbanding wanita dan  setiap tahun nisbah di antara 12 lelaki adalah kepada dua atau tiga wanita," katanya dipetik MailOnline.
Sementara itu, lelaki yang dikenali sebagai Peng yang turut berkahwin dengan salah seorang wanita dari kumpulan itu berkata, dia terkejut dengan tindakan isterinya itu.

Peng berkata,  isterinya itu sedang mengandung malah wanita itu turut mengaku menyayanginya.
Marah dengan tindakan isterinya itu, Peng telah membuang semua barangan milik wanita itu.

Penduduk kampung kini beranggapan mereka ditipu pencari jodoh yang hanya ingin mengaut keuntungan dan sudah membuat laporan polis.
Kes ini bukanlah kes terpencil.

Menurut The Epoch Times, pada 18 Februari lalu, lelaki dari Zhangxin dari wilayah Fujian turut terkejut selepas isteri warga Vietnam yang dikahwininya turt hilang.

Lelaki di China berdepan kesukaran untuk mencari isteri kerana perbezaan nisbah bilangan lelaki berbanding wanita terutamanya di kawasan luar bandar.

Ramai lelaki bujang terpaksa memilih untuk berkahwin dengan wanita Vietnam atau Laos ditambah pula kos berkahwin dengan wanita dari negara itu jauh lebih murah berbanding dengan wanita dari China

SH

2/29/2016

Pembaca Berita Dedah Dada untuk Kejar Rating tinggi


Akibat berhadapan saingan sengit untuk memenangi hati penonton, sebuah saluran televisyen Albania mengambil pendekatan luar biasa iaitu memberikan 'maklumat telus' melalui pembaca berita separuh bogel.

Video <<

Tampil hanya memakai jaket tanpa baju di bahagian dalam, penampilan pembaca berita di kalangan wanita muda memberikan pemandangan yang belum pernah berlaku di Balkan sejak stesen berkenaan mula ke udara di kaca TV dan Internet tahun lepas.

Pemilik saluran itu berkata, jumlah penonton sentiasa berkembang sejak itu.

"Di Albania, di mana beritanya dimanipulasi oleh kuasa politik, penonton memerlukan satu medium yang akan memberikan maklumat dengan telus seperti 'telanjang'," kata pemilik TV Zjarr, Ismet Drishti kepada AFP.

"Kami tidak menjual seks, kami menyiarkan semula berita. Ia adalah sebagai simbolik dan kaedah publisiti yang baik," kata Drishti, yang merancang untuk melancarkan buletin bahasa Perancis dan Inggeris dengan "maklumat kosong" menggunakan konsep yang sama.

Bagi penyampai berusia 24 tahun, Greta Hoxhaj, bekerja dalam keadaan hampir telanjang telah terbukti menjadi jalan pintas kepadanya untuk mencapai kegemilangan.

"Saya bekerja keras selama lima tahun di televisyen tempatan, namun saya tetap tidak dikenali.

"Saya tidak menyesal, dalam tempoh tiga bulan saya menjadi seorang bintang," kata Hoxhaj.

Sumber

2/23/2016

Gadis dilarang guna telefon bimbit

Sebuah kampung di Gujarat yang merupakan negeri kelahiran Perdana Menteri India, Narendra Modi melarang wanita bujang menggunakan telefon bimbit selepas beberapa pemimpin setempat menganggap teknologi itu mengg­anggu masyarakat.
Anggota Jawatankuasa Kampung Suraj di daerah Mehsana meluluskan satu resolusi awal Jumaat lalu untuk mengharamkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja perempuan dan wanita muda.
“Pemimpin-pemimpin setempat bersetuju bahawa seperti juga arak, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan wanita belum berkahwin mengganggu masyarakat,” kata ketua kampung, Devshi Vankar sambil menambah, larangan serupa akan dikenakan terhadap remaja lelaki dalam masa terdekat.
Menurutnya, telefon bimbit menyebabkan wanita bujang leka dan lupa mengulang kaji pelajaran serta melakukan kerja rumah di kampung itu yang mempunyai 2,000 penduduk.
Golongan itu sekiranya ditangkap menggunakan atau memiliki telefon bimbit akan didenda sebanyak 2,100 rupee (RM126), menurut jawatankuasa berkenaan.
Wanita bujang bagaimanapun boleh bercakap menggunakan telefon bimbit ibu bapa dan saudara-mara mereka.
Larangan itu dikuatkuasakan pada mesyuarat berkenaan yang pada mulanya bertujuan membincangkan masalah ketagihan arak dalam kalangan penduduk di kampung itu.
– AFP


2/18/2016

Wanita Lapor Polis Selepas Selfie Bahalu Bentuk Zakar Jadi Viral di media Sosial


Seorang ahli perniagaan pada Khamis membuat laporan polis mendakwa dimalukan selepas gambar selfie bersama baharu berbentuk zakar menjadi viral di media sosial.

Video >>>
Faridah Ulis, 45, berkata dia kesal apabila gambar yang dimuat naik untuk tontonan pengikutnya di Facebook disebarkan tanpa kebenaran hingga menjadi viral.

Dia yang juga dikenali sebagai Mamadot membuat laporan itu di Balai Polis Miri pada pagi Rabu.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini pada sebelah petang.

Gambar selfie itu menunjukkan dia memegang bahulu berbentuk zakar yang didakwanya dijual di sebuah kedai sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

"Niat utama saya membuat laporan kepada polis dan SKMM adalah untuk mencari punca siapa berkongsi gambar selfie itu tanpa kebenaran," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Faridah berkata dia hanya berkongsi gambar selfie itu dengan rakan-rakannya diFacebook dan bukan untuk tatapan pengguna lain yang bukan dikalangan rakan-rakannya.

Menurut Faridah, gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.

Dia kemudian bertindak memadam gambar berkenaan selepas mengetahui ia disebarkan tanpa pengetahuannya.

mStar Online